Tuesday, June 25, 2013
B.A.H.T.E.R.A.L.A.U.T.A.N
Tapi apakan daya..
Sumbang nanti jadinya..
Hanya mampu kutitip sepatah dua kata..
Buat sang pengembara..
Yang mencintai bahtera lautan...
Buat abang tersayang yang memiliki rasa kepunyaan terhadap lautan..
Ketahuilah.. isterimu ini tidak kurang hebatnya..
Pantang kelihatan lautan biru...
Lantas kukalih pandangan ke arahnya..
Aaahh... Umpama magnet berkutub rasanya..
Bau lautan.. Nyaman.. Menyegarkan..
Pertama kali mengenalimu.. Kau menarik perhatianku...
Punca hatiku terusik?
Ya.. Kerna kau kutub berlawanan denganku..
Dan aku mengerti.. Kau bukan arjuna biasa..
Obsesimu dengan alam biru tidak dapat disangkal lagii..
Maka ketahuilah sayang..
Pergimu tidak kutangisi..
Aku merelakan bahkan meredhai..
Labuhkan layarmu untuk sesuap nasi..
Kerna kutahu itu punca rezeki..
Usah kau gusar anak dan isteri..
Kerna doalah, kami dilindungi Ilahi..
Buat permata hatiku..
Tipulah aku andai aku katakan aku tidak sunyi tanpa dirimu..
Aku tidak sepi tanpa gelak tawamu..
Dan aku tipu andai aku katakan...
Aku sekalipun tidak pernah merinduimu..
Apatah lagi merisaukanmu..
Acapkali kau berada jauh dari pandangan,
Tiap kali itulah hati ini gundah gulana..
Sihatkah abang.. makankah abang..
Namun aku tahu.. Tanggungjawabku tidak terbatas hanya untuk melayanimu..
Aku juga harus bijak mengimbangi emosimu..
Yang sudah tentu berkocak lantaran memikirkan anak dan isteri..
Usah khuatir, sayang..
Kami di sini Alhamdulillah..
Baik-baik aja..
Selesaikan tanggungjawabmu..
Dan pulanglah ke pangkuanku..
Seusainya urusanmu..
Aku kan menantimu dengan senyuman dan pelukan mesra..
Salam rindu di lautan biru,
~NAAS~
T.A.N.P.A.S.E.D.A.R
Tanpa sedar,
Aku menjadi punca kesedihanmu..
Tanpa sedar,
Akulah penyebab kelukaanmu..
Tanpa sedar,
Akulah orang yang kau tangiskan hampir setiap waktu..
Dan tanpa sedar,
Cintaku mulai berputik untukmu...
Aku terkilan..
Kecewa kerana akulah pembinasa rasa..
Merobek tiap hati yang datang menyapa..
Menghalau pergi semuanya dengan tegar..
Tanpa sedar,
Berjuraian airmata di pipi...
Tanpa sedar,
Wajahmu jua aku impi..
Dan tanpa sedar,
Aku juga menjadi sang pemerhati..
Pencinta Agung Tanpa Sedar,
~NAAS~
L.O.V.E.S.T.U.D.Y.I.N.G
I wish.. someday somehow.. I'll be able to do my further study at Scotland...
Punye laa recce http://www.strath.ac.uk/admissions/postgraduatetaught/.. Strathclyde, tuuhhh...
Tapi... dedulu.. punca nak setadi... nak men lari2 konon... dok jejauh...
Xmo dok Mesia daahh... (puuiii...makanan nak Malaysian jep)
Well said... kat Strathclyde, ade kos Marine Tech...
Nyam3~~ da kenapa ak mengidam nak p Strathclyde, niihh...
Ni laa intipati kos tuuhh :
- Risers and Mooring Lines
- Advanced Marine Structures
- Waterborne Transportation Systems
- Computational Free-Surface Hydrodynamics
- Maritime Safety and Risk
- Modelling and Optimisation in Design
- Design Management
- Environmental Impact and Sustainability
- Financial Engineering
- Information Management
- Project Management
- Quantitative Risk Analysis
Sunday, June 23, 2013
B.A.B.Y
Woooowww....
Alhamdulillah.... nikah 25.05.2013..
Today 23.06.2013... my tummy da ade isi...
Syukur.. what?? Bunting pelamin??
Ahahahhaaa!! Whatever people love to call it.. I am really grateful to have you in me..
Insyaallah, mommy will take care of you, kiddo..
We wait for daddy to be, yeaahhh!!
Hai2, daddy.. both of us are missin u..
Come back the soonest you can, taaww...
Regards,
Mommy and baby~~
R.I.N.D.U
Abang...
Andai rindu boleh dihitung..
Nescaya terlalu banyak untuk dikira..
Andai sayang mampu dilihat..
Tentu akan mengaburi pandangan matamu..
Andai cinta boleh didengar...
Maka bingitlah telingamu dengan syair dendanganku..
Aahh.. malam ini..
Terasa sungguh sepi tanpa kau di sisi..
Melayari mimpi tanpa kau menemani..
Sihatkah kau tanpa melihat senyumanku??
Sakitkah dikau merindukan aku setengah mati di sana??
Peritnya menanggung rindu..
Demi kerana tugas..
Akan aku cuba pertahankan dari gugurnya setitis airmata..
Semoga kanda baik-baik sentiasa di perlayaran sana..
Pulang segera, sayang..
Dinda menanti penuh pasti..
Salam kerinduan buatmu NBYO..
-NAAS-
Wednesday, June 19, 2013
+suci+
Terjagaku dari lena..
Dan kebiasaannya.. kau yang aku damba...
namun.. hampa..
tiada kelibat kau di sisiku..
yang ada.. hanyalah alat untuk menghubungimu..
Aahhh.. peritnya menanggung rindu...
Masih terbayang di ruang penglihatan...
Waktu itu...
Kau sedang melafazkan kalimah suci..
Sedang kau berjabat tangan dengan wali yang berwakilkan imam masjid. .
Dan lantas... kau menyatakan..
"Aku terima nikah Nur Alia Atika Binti Siswandy dengan mas kahwin tiga belas ribu ringgit tunai"
Itukah yang aku dengar?
Dengan hanya sekali lafaz suci ituu..
Aku kini sah bergelar Puan...
Telah bertukar pimpinan..
Telah berganti naungan..
Alhamdulillah... 25.05.2013 menjadi sejarah...
Aku diterima sebagai isteri..
Isteri kepada lelaki yang aku cintai..
Naqib Basil Yahya Osman..
Aku berdoa... semoga... cinta kita kan kekal abadi hingga ke syurga..
Bahagiakanlah aku, sayang..
Kerana setiap senyumanku adalah kebahagiaanmu..
Ikatan yang halal ini terlalu suci untuk dijual beli..
Takkan ada pengganti kerana kau telah kusemadikan dalam sanubari...
Selamat melayari bahtera rumahtangga, sayang...
Semoga urusan hidup di dunia dipermudahkan dan memberi bekalan untuk kita ke akhirat kelak..
Insyaallah...
Buat abang... terima kasih kerana sudi menerima ayang seadanya...
Walau tak sempurna...
Ayang yakin.. abang mampu mendidik dan membimbing ayang menuju jalan ke syurga..
Cintai Allah dan Rasul..
Maka.. Allah akan kurniakan cinta sesama manusia..
Love "U", NBYO~~
~ALWAYS~
ikhlas daripada sang pencinta halal..
NAAS ..... ISTERIMU..
Friday, March 15, 2013
NBYO ALWAYS
Sesungguhnyaa...
Kisah ituu.. terlalu rumit untuk dimengertikan..
Kenapa.. bagaimana.. soalan2 ituu.. masih bertamu tanpa jawapan..
Terfikir aku sejenak.. Akan berkekalankah kebahagiaan ini..
Lalu hati mengorak membataskan pemikiran ortodoks itu..
Kembalikan segalanya kepada Yang Maha Esa..
Sesungguhnya.. DIA amat mengetahui.. apa yang terbaik untuk hamba-NYA..
Namun.. aku akui.. hati ini.. masih terhiris pedih..
Saat aku.. kembali ke masa lalu.. melihat kau dan dia..
Dan aku juga tahu.. Kau kan terguris luka.. Saat kau..
Berpaling ke masa laluku..
Maafkan aku.. Bukan niat aku untuk meraguimu..
Sungguh.. Tidak ternoda kasih sayang yang telah aku pupuk buatmu, sayang..
Hanya kerana.. Aku ingin melihat kebenaran..
Maka aku tegar melukai hatiku sendiri..
Ketahuilah.. aku.. semakin menyayangimu..
Semakin menyintaimu..
Kerana yang aku nantikan.. Masa depan yang indah..
Dilukis dan diwarnai bersama..
Di dunia.. dan semoga berpanjangan jodoh di akhirat sana..
- I LOVE YOU TOO MUCH TILL I CAN'T HOLD IT IN ANY LONGER -
- ALWAYS, NBYO~~ -