Tuesday, June 25, 2013

T.A.N.P.A.S.E.D.A.R


Tanpa sedar,
Aku menjadi punca kesedihanmu..

Tanpa sedar,
Akulah penyebab kelukaanmu..

Tanpa sedar,
Akulah orang yang kau tangiskan hampir setiap waktu..

Dan tanpa sedar,
Cintaku mulai berputik untukmu...

Aku terkilan..
Kecewa kerana akulah pembinasa rasa..
Merobek tiap hati yang datang menyapa..
Menghalau pergi semuanya dengan tegar..

Tanpa sedar,
Berjuraian airmata di pipi...

Tanpa sedar,
Wajahmu jua aku impi..

Dan tanpa sedar,
Aku juga menjadi sang pemerhati..

Pencinta Agung Tanpa Sedar,
~NAAS~

No comments:

Post a Comment