Sunday, June 23, 2013

R.I.N.D.U

Abang...

Andai rindu boleh dihitung..

Nescaya terlalu banyak untuk dikira..

Andai sayang mampu dilihat..

Tentu akan mengaburi pandangan matamu..

Andai cinta boleh didengar...

Maka bingitlah telingamu dengan syair dendanganku..

Aahh.. malam ini..

Terasa sungguh sepi tanpa kau di sisi..

Melayari mimpi tanpa kau menemani..

Sihatkah kau tanpa melihat senyumanku??

Sakitkah dikau merindukan aku setengah mati di sana??

Peritnya menanggung rindu..

Demi kerana tugas..

Akan aku cuba pertahankan dari gugurnya setitis airmata..

Semoga kanda baik-baik sentiasa di perlayaran sana..

Pulang segera, sayang..

Dinda menanti penuh pasti..

Salam kerinduan buatmu NBYO..

-NAAS-

No comments:

Post a Comment