Wednesday, June 19, 2013

+suci+

Terjagaku dari lena..
Dan kebiasaannya.. kau yang aku damba...
namun.. hampa..
tiada kelibat kau di sisiku..
yang ada.. hanyalah alat untuk menghubungimu..
Aahhh.. peritnya menanggung rindu...
Masih terbayang di ruang penglihatan...
Waktu itu...
Kau sedang melafazkan kalimah suci..
Sedang kau berjabat tangan dengan wali yang berwakilkan imam masjid. .
Dan lantas... kau menyatakan..
"Aku terima nikah Nur Alia Atika Binti Siswandy dengan mas kahwin tiga belas ribu ringgit tunai"
Itukah yang aku dengar?
Dengan hanya sekali lafaz suci ituu..
Aku kini sah bergelar Puan...
Telah bertukar pimpinan..
Telah berganti naungan..
Alhamdulillah... 25.05.2013 menjadi sejarah...
Aku diterima sebagai isteri..
Isteri kepada lelaki yang aku cintai..
Naqib Basil Yahya Osman..
Aku berdoa... semoga... cinta kita kan kekal abadi hingga ke syurga..
Bahagiakanlah aku, sayang..
Kerana setiap senyumanku adalah kebahagiaanmu..
Ikatan yang halal ini terlalu suci untuk dijual beli..
Takkan ada pengganti kerana kau telah kusemadikan dalam sanubari...
Selamat melayari bahtera rumahtangga, sayang...
Semoga urusan hidup di dunia dipermudahkan dan memberi bekalan untuk kita ke akhirat kelak..
Insyaallah...
Buat abang... terima kasih kerana sudi menerima ayang seadanya...
Walau tak sempurna...
Ayang yakin.. abang mampu mendidik dan membimbing ayang menuju jalan ke syurga..
Cintai Allah dan Rasul..
Maka.. Allah akan kurniakan cinta sesama manusia..
Love "U", NBYO~~
~ALWAYS~

ikhlas daripada sang pencinta halal..
NAAS ..... ISTERIMU..

No comments:

Post a Comment