Wednesday, July 3, 2013

PENANTIAN

Setiap hari.. Aku menjadi penanti setia seorang teman...
Teman yang jauh jasadnya dariku namun amat dekat di hatiku..
Setiap hari, akan kukhabarkan berita tentang diriku.. Tentang janinku..
Khabar yang acapkali membuatkan temanku gusar kerana tidak berada di sampingku..

Apa itu penantian? Mengapa perlu dinanti pada seseorang yang tiada di sisi..
Ohh.. Persoalan yang terlalu sukar bagiku untuk temui jawapan..
Akhirnya.. aku berbalik kepada hati..
Penantianku sebagai seorang isteri.. Terhadap suami yang keluar mencari rezeki..
Hal ini tiada bedanya dengan wanita lain di luar sana..
Acapkali sama.. Mereka menanti suami pulang daripada tempat kerja..
Tidak kira jauh mahupun dekat..
Bagi aku... Aku tergolong dalam situasi suami mencari rezeki di luar kawasan..
Maka.. Aku harus menanti lebih lama daripada mereka yang berada berdekatan..

Jarak itu bukan kayu ukuran pemisah kasih dan cinta antara sepasang suami isteri..
Bahkan dengan jarak, kita mampu mengukur seutuh mana ikatan percintaan dan kesetiaan pasangan itu..
Dinihari, aku masih menanti.. Encik suami.. Hanya ingatan tulus ikhlas yang menjadi pengganti..
Belayarnya seorang suami.. Tak kupasti akan kepulangannya ke sisi..
Mungkin esok, mungkin lusa..Dan mungkin juga hari ini..

Mengapa aku menanti? Itu jawapan yang sangat mudah untuk aku beri...
Kerana itu tanggungjawab aku sebagai seorang isteri..
Kerana aku terlalu menyayangi.. Terus penantian itu kurasakan suatu kemestian..
Sayang... Segera pulang.. Aku rindu akan suaramu..
Aku rindu untuk bercanda denganmu..
Dan aku rindu belaianmu...

Yang selalu menanti,
~NAAS~

No comments:

Post a Comment