Thursday, January 10, 2013

+KeNaNgAn+

Ku termenung..
Menyingkap tabir kenangan lalu..
Zaman remaja yang aku tinggalkan saat demi saat..
Masa yang berlalu kurasakan pantas menggamit masa kini..
Tirai semalam.. memenuhi ruang fikiran..
Aaahh.. terlalu banyak rasanya perit jerih yang aku lalui..
Khas untuk insan yang pernah aku lukai..
Aku menyusun sepuluh jari..
Memohon ampun dan maaf..
Atas kekhilafan diri..
Bukan maksudku menjadikan laman hatimu sebagai taman permainan..
Tapi disebabkan masa silamku yang penuh onak duri..
Kalian yang terpaksa menadah hati..
Tiap parut luka yang aku palitkan..
Aku mohon.. Maafkan aku..
Dan tiap kenangan manis yang aku tinggalkan bersama kalian..
Aku mohon.. Lupakan segalanya..
Kerana.. Kenangan manis itu..
Hanya akan menambah kesakitan..
Semoga kalian kan dapat memaafkanku..
Dan kita kembali bersahabat sepertinya dahulu..
Kerana sekali aku bersahabat, aku berharap, selamanya kan berkekalan..
Bergenang airmataku kerana tak mungkin masa lalu itu dapat kuulangi..
Lamunanku terhenti saat hati ini berdetik.. Cinta hati ini, milik Naqib Basil..

Specially dedicated to : Nazz, Fauzan, Redzwan, Farhan, Shafriezmi, Firdaus, Naqib.
#couldn't remember all of the names related.




No comments:

Post a Comment